fbpx

Lambaian terakhir sahabat sebelum pergi ‘dijemput’ Ilahi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Allahyarham Hairul Azhar sebelum meninggalkan pejabatnya di Mahkamah Kuala Terengganu.

PETALING JAYA – Lambaian terakhir sahabat sekerja sebelum bercuti Aidilfitri menjadi kenangan  perpisahan, sebelum lelaki tersebut terlibat kemalangan maut dalam kejadian di Mersing kelmarin.

Menerusi video dimuat naik seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Wan Aziantie, sahabat sekerjanya yang dipanggil Tuan Jebat atau nama sebenarnya Hairul Azhar Mohamad, 47, merupakan kakitangan di Mahkamah Kuala Terengganu.

“19 April hari terakhir Tuan Jebat bersama kami setelah dua tahun bertugas di Mahkamah Kuala Terengganu. Waktu ni rasa sayu sangat bila tuan lambai pada kami, berat rasa hati untuk berpisah

“Lambaian tuan pun seakan-akan tuan tahu ini adalah pertemuan terakhir bersama kami. ‘Thumb print’ terakhir tuan di Mahkamah Kuala Terengganu merupakan lambaian perpisahan tuan,” katanya menerusi penerangan video tersebut.

Anggota bomba melakukan usaha mengeluarkan pemandu Perodua Myvi yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Mersing Batu 10, Mersing.

Wanita itu memberitahu, pada keesokan harinya mereka menerima panggilan yang memaklumkan Hairul Azhar terlibat dalam kemalangan.

“Tapi tak percaya sebab baru saja WhatsApp dengan kami. Bila nampak gambar kad pengenalan tuan, baru sedar memang itu adalah Tuan Jebat. Allahu tuan, tak sangka tuan dah tak ada.

“Selalunya tuan akan bagi tahu dah nak gerak balik dan minta doa supaya selamat sampai, tapi kali ni berbeza. Tuan ucap selamat tinggal pada kami,” ujarnya yang turut berkongsi mesej selamat tinggal dihantar Hairul Azhar pada ‘group’ WhatsApp mereka.

Dalam pada itu, wanita tersebut turut mendoakan sahabatnya yang pulang ke ‘negeri abadi’.

“Damai dan tenanglah kau di sana sahabat. Selamat jalan ke negeri abadi sahabatku Tuan Hairul Azhar atau Tuan Jebat. Kenangan bersama kami takkan pernah kami lupakan,” katanya.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan seorang lelaki maut selepas Perodua Myvi dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah lori membawa barangan runcit di Jalan Mersing Batu 10.

Difahamkan, Hairul Azhar merupakan kakitangan Mahkamah Terengganu dalam perjalanan pulang ke Felda Simpang Waha, Kota Tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI