fbpx

[VIDEO] Imam cedera dilanggar ketika pulang selepas solat sunat Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULKIFLI menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat selepas mengalami kecederaan sejurus dilanggar SUV Toyota Frontuner dalam kejadian di Kampung Parit Haji Yusof, Benut, Pontian, hari ini.

PONTIAN – Seorang imam muda mengalami kecederaan apabila dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam satu kejadian di Kampung Parit Haji Yusof, Benut, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, mangsa, Zulkifli A. Ajis, 39, mendapat kecederaan pada bahagian muka dan menerima beberapa jahitan pada mulut.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai mengimamkan solat sunat Aidilfitri di sebuah surau kampung berkenaan.

“Ketika melintas jalan untuk ke rumahnya yang terletak berdekatan surau, mangsa telah dilanggar SUV jenis Toyota Fortuner yang dipandu seorang lelaki.

“Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka serta masih tidak ingat tentang kejadian setelah dilanggar dan dikejarkan ke Klinik Merlong Rengit sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohammad Shofee berkata, hasil siasatan awal mendapati pemandu SUV berkenaan dikatakan baharu keluar simpang empat di lokasi kejadian.

Katanya, semasa membelok dan meneruskan perjalanan, pemandu berkenaan mendakwa tidak perasan mangsa berada di tepi jalan berkenaan sebelum meneruskan perjalanan.

“Lelaki itu bagaimanapun tampil membuat laporan polis di Balai Polis Benut dan rakaman percakapan selain ujian air kencing telah diambil,”katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kes masih dalam siasatan polis.

Menurut beliau, punca kemalangan dipercayai pemandu Toyota Fortuner memandu dalam keadaan laju di kawasan kampung dan tidak perasan terdapat pejalan kaki di tepi kanan jalan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI