fbpx

Amaran ribut petir hampir di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan 13 buah negeri pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook berkata, amaran tersebut dikeluarkan susulan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis, Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Melaka dan Johor sehingga pukul 6 petang nanti.

Turut diberikan amaran sama ialah beberapa daerah di, Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

“Di Kelantan pula, amaran dikelurkan di daerah Gua Musang manakala di Terengganu pula melibatkan Hulu Terengganu.

“Selain itu, keadaan sama dijangka berkaku di Pahang iaitu di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Rompin,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, amaran ribut petir itu juga dikeluarkan bagi beberapa daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling.

“Hujan lebat juga dijangka berlaku di Sarawak melibatkan daerah Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Sementara itu di Sabah, daerah dikenakan amaran ribut petir ialah di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran),” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI