fbpx

Terima kasih Sofyank harumkan nama Malaysia – Fahmi Fadzil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar yang dimuat naik Fahmi Fadzil beserta ucapan tahniah tersebut di Facebooknya.

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah atas kemenangan Muhammad Sofian Abdullah atau Sofyank, yang menjuarai Ultimate VFX Challenge, di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.

“Tahniah buat anak muda, Sofian, yang mengharumkan nama Malaysia di persada dunia dengan menjuarai Ultimate VFX Challenge.

“Bakat Sofian mencipta kandungan sangat luar biasa.

“InsyaAllah akan ada beberapa kolaborasi bersama Sofyank selepas ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan pempengaruh media sosial, Muhammad Sofian Abdullah atau Sofyank, berjaya menjuarai Ultimate VFX Challenge, di Los Angeles.

Menerusi video yang dikongsikan aiensyamsul di Twitter, jelas menunjukkan tiga juri terlibat kagum dengan kebolehan Sofyank menghasilkan video yang menggunakan kesan VFX.

Salah seorang juri menyatakan rasa teruja dengan kebolehan Sofyank ‘menukar’ sebiji epal menjadi kek yang boleh dimakan.

Menerusi video tersebut Sofyank dilihat berjaya mengalahkan dua peserta yang lain sekali gus diumumkan sebagai juara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI