fbpx

‘Billboard’ ucapan raya Bung Moktar bersama dua isteri tarik perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Papan iklan ucapan selamat hari raya milik Bung Mokhtar bersama kedua-dua isterinya yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin membuat kejutan apabila memaparkan papan iklan ucapan selamat hari raya bersama isteri pertama serta madunya.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu bergambar bersama isteri pertamanya, Datin Nor Asidah Alimuddin serta madunya, Datin Zizie Izette di papan iklan iklan tersebut.

Tindakan beliau mendapat pujian orang ramai apabila merasakan keputusan menggunakan gambar itu tanda sebenar lelaki sejati.

Perkara tersebut dikongsikan pengguna akaun Facebook Awang Thrash dalam hantarannya yang turut disertakan gambar papan iklan itu.

“Okey ini aku salute! Bung Moktar Radin minta buatkan satu papan iklan macam ini pasang hadapan rumah, untuk dijadikan motivasi. Beras kita beli bah,” katanya dalam hantaran itu.

Di ruangan komen pula, rata-rata pengguna berasa kagum atas keberanian Ahli Parlimen Kinabatangan itu menggunakan gambar tersebut.

“Ini baru betul Panglima,” tulis Gerald Win.

“Belum cukup kouta,” komen Csm Bosinggul. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI