fbpx

Pengemis Masjid Kapitan Keling hanya dihalau, dinasihat jangan mengemis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengemis membanjiri Jalan Masjid Kapitan Keling bagi meraih simpati jemaah di George Town baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang sedia menghulurkan bantuan kepada golongan pengemis bermusim yang menjadikan Jalan Masjid Kapitan Keling mahupun lokasi-lokasi tumpuan lain di sini sebagai tempat meraih simpati ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri, Phee Boon Poh, berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah mengambil langkah susulan berhubung laporan kehadiran kumpulan itu sepanjang Ramadan.

Menurutnya, pemantauan telah dijalankan dan tindakan yang diambil hanya bersifat nasihat selain mengusir mereka dari lokasi tumpuan ramai terutama masjid.

“Di bulan yang mulia ini, kami tidak ambil tindakan keras, cuma mereka dilarang meminta sedekah di mana-mana tempat di sini. Kami masih boleh bertolak-ansur.

“Kalau ada apa-apa kekura­ngan dan kehendak, kami boleh bantu mereka, tetapi jangan pergi ganggu ketenteraman awam serta jemaah yang datang ke masjid.

“Memang kami dimaklumkan, ramai mereka berkumpul di sana (Jalan Masjid Kapitan Keling) pada masa ini dan orang hendak masuk ke masjid pun payah,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman pula memberitahu, secara peribadinya, beliau tidak menggalakkan aktiviti mengemis dijalankan terutama di tempat awam.

“Asnaf fakir dan miskin perlu disantuni dengan dibanci dan mendaftar mereka serta diurus bantuan secara objektif dan sistematik.

“Sekiranya ada pihak-pihak yang hendak hulurkan sumbangan boleh melalui JKM, NGO (badan bukan kerajaan), masjid dan sebagainya,” kata beliau.

Semalam, Kosmo! sekali lagi melaporkan kira-kira 300 pengemis dari pelbagai negeri termasuk di Kedah sanggup ‘berumah’ di kaki lima pekara­ngan luar masjid Kapitan Keling di sini pada malam 27 Ramadan sehingga selesai solat subuh.

Kehadiran mereka seawal pukul 7 malam itu bagi meraih simpati orang ramai terutama jemaah masjid.

Berita berkaitan: Pengemis bertambah hujung Ramadan, mahu cari duit raya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI