fbpx

UiTM Melaka bantu golongan asnaf rai Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program Jom Bantu Asnaf anjuran UiTM Melaka membantu lebih 60 asnaf membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri.

MELAKA – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka menerusi program Jom Bantu Asnaf 3.0 menyumbang sebanyak 35 set barangan asas kepada golongan asnaf bagi membantu persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Projek Program Jom Bantu Asnaf, Nor Hamiza Mohd. Noor berkata, UiTM Melaka turut menyumbang 15 set makanan kepada penarik beca.

Katanya, program itu merupakan siri ketiga anjuran Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Melaka dan telah berjaya mengutip sebanyak RM40,000 sejak program tersebut mula dilaksanakan tiga tahun lalu.

“Kami menyasarkan kutipan sehingga RM100,000 untuk program kali ini agar lebih ramai golongan asnaf dapat dibantu.

“Selain itu, sumbangan barangan makanan juga telah diserahkan kepada 60 asnaf fakir miskin kategori pelajar, warga emas, ibu tunggal dan individu yang mempunyai masalah kesihatan,” katanya dalam kenyataan di sini,hari ini.

Tambahnya, penganjuran kali ini turut dijayakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka dan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri.

Dalam pada itu, Rektor UiTM Melaka, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Rasdi Zaini berkata, program sedemikian menunjukkan UiTM Melaka sentiasa prihatin dan peka terhadap kesejahteraan masyarakat sekeliling.

Menurutnya, penglibatan UiTM itu membuktikan bahawa warga UiTM sentiasa menjadi warga yang dinamik, progresif dan responsif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI