fbpx

Polis kesan individu main mercun di balkoni pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAKAMAN tular seorang lelaki bermain mercun di balkoni sebuah pangsapuri di Meru, Ipoh, Perak baru-baru ini.

IPOH – Polis sedang mengesan individu yang disyaki bermain mercun di balkoni sebuah pangsapuri di Meru yang video kejadian itu tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, satu laporan polis berkaitan kejadian itu juga telah dibuat di mana siasatan lanjut kes berkenaan sedang dijalankan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan (mudarat awam) dan Seksyen 4 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (membakar mercun sehingga mendatangkan mudarat awam).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan atau berhubung dengan pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Fadli Ahmad di talian 019-2500019,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Terdahulu, beberapa hantaran dalam kumpulan sembang WhatsApp dimuat naik di laman sosial Twitter yang memaparkan tindakan seorang lelaki bermain mercun di balkoni sebuah pangsapuri.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di tingkat 20 pangsapuri berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI