fbpx

Pemimpin, masyarakat perlu tekad ubah, bersihkan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyantuni pelajar tahfiz pada majlis berbuka puasa di Masjid Ahmad, Kampung Rantau Panjang di Klang. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

KLANG – Tekad utama di semua lapisan pemimpin dan masyarakat diperlukan dalam mengubah negara agar tidak lagi dikenali sebagai negara yang penuh permusuhan kaum, pergaduhan agama dan skandal rasuah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara tidak boleh kekal di tahap lama tanpa mengira apa slogan dibawa mereka atas dasar persatuan, Melayu mahu pun keadilan.

“Slogan apa pun tidak beri akan memberikan kesan dan makna sekiranya tiada keikhlasan dan tekad untuk mengamalkan ( bawa perubahan kebaikan).

“Mana mungkin dapat mengangkat Malaysia menjadi masyarakat Madani, kalau tidak sanggup bawa perubahan.

“Tidak mahu lagi Malaysia terkenal sebagai satu negara yang penuh dengan permusuhan kaum, penuh dengan kesempitan dan pergaduhan agama selain heboh dengan skandal rasuah,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada pelajar tahfiz dan anak yatim di Masjid Ahmadi, Kampung Rantau Panjang hari ini.

Beliau menjelaskan, akan terus memfokuskan dengan tindakan tegas dan keras dimulakan daripada peringkat atas kerana sesuatu kerosakan sistem pertadbiran bermula daripada pimpinan atasan.

Justeru, Anwar menegaskan beliau tidak sanggup bertolak ansur dan tidak takut terhadap sebarang ugutan dengan bersedia menghadapi sebarang ujian.

“Saya bawa semangat roh Ramadan ini dengan mesti mempunyai kesungguhan membersihkan diri dan jiwa dan kalau kita pegang jawatan sistem negara ini.

“Kita amanahkan pimpinan dan pimpinan silih berganti. Berapa Perdana Menteri dalam beberapa tahun ini. Rasuah masih meluah juga, pakaian berubah ada yang pakai baju Melayu, serban, ketayap, kot dan batik tetapi perangai sama juga dengan ada kontrak banyak komisen,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan umat Islam di negara ini mengambil peluang tempoh akhir Ramadan ini bagi membersihkan kerohanian diri masing-masing, serta menghayati pengajaran yang terdapat di dalam al-Quran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI