fbpx

ICQS Bukit Berapit bakal dibina di lokasi dekat pintu sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Anuar menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar KDN di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lenggong, Lenggong hari ini.

LENGGONG – Kerajaan bersetuju untuk membina Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit, Pengkalan Hulu di lokasi baharu yang lebih hampir dengan pintu sempadan negara, Malaysia-Thailand.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, cadangan projek itu akan dimasukkan dalam permohonan bajet di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) pada tahun 2025.

Bagaimanapun katanya, kerja-kerja penyediaan dokumen akan dilaksanakan secepat mungkin bagi membolehkan kerja-kerja fizikal dilaksanakan setelah peruntukan diluluskan kerajaan.

“Memang telah dibangkitkan banyak kali dalam mesyuarat keselamatan daerah dan negeri berhubung kedudukan bangunan ICQS di Bukit Berapit yang agak jauh, lebih kurang 700 meter dari pintu sempadan antarabangsa.

“Kedudukan bangunan yang agak jauh ini boleh menyebabkan berlaku isu-isu pencerobohan sama ada kemasukan dari luar negara ke dalam negara atau dari dalam negara ke luar.

“Jadi, menteri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara pada 11 April lalu telah bersetuju untuk KDN (Kementerian Dalam Negeri) membuat keputusan bagi pembinaan baharu ICQS untuk dilaksanakan dalam RMK-13,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar KDN di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Lenggong di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI