fbpx

Dua wanita nyaris rentung langgar belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan SUV tersebut yang terbakar selepas melanggar belakang lori di KESAS, Selangor malam tadi.

SHAH ALAM – Dua wanita terselamat daripada rentung apabila kenderaan dinaiki terbakar selepas melanggar belakang lori membawa muatan air di Kilometer 31.7 Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) malam tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, seramai 13 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 11.05 malam sebelum tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian.

Katanya, berdasarkan laporan awal kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (SUV) jenis Proton X70 melanggar lori tiga tan membawa muatan air.

“Pelanggaran itu menyebabkan SUV itu terbakar 50 peratus manakala lori tersebut tiga peratus.

“Dua wanita berusia 37 tahun cedera ringan sebelum dihantar ke Hospital Shah Alam,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI