fbpx

Deretan lima kedai runcit di Pasir Puteh terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lima buah kedai runcit yang terbakar di Cabang Tiga, Gaal dekat Pasir Puteh hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

PASIR PUTEH – Lima buah kedai runcit hangus dalam kejadian kebakaran di Cabang Tiga, Gaal di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 11.53 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, seramai 21 pegawai dan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dengan mendapat bantuan Bomba Sukarelawan Jertih, Terengganu.

Menurutnya, kebakaran itu melibatkan deretan kedai runcit jenis separa kekal dengan tiga buah kedai terbakar 100 peratus manakala dua lagi premis hangus 10 peratus sahaja.

Anggota bomba sedang memadam kebakaran lima buah kedai runcit di Cabang Tiga, Gaal dekat Pasir Puteh hari ini. – Foto IHSAN BOMBA

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana kejadian itu disedari pemilik premis sebelum mendapat pertolongan penduduk setempat.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 2.15 petang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azhar berkata, punca kejadian dan taksiran kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI