fbpx

Puteri Sarah tidak dicerai sebab enggan tarik saman terhadap Ira Kazar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syamsul (kiri), Ira (tengah) dan Puteri Sarah (kanan).

KUALA LUMPUR – Saman terhadap Ira Kazar dan pengurangan jumlah tuntutan nafkah anak antara yang menjadi penghalang kepada penceraian di antara Puteri Sarah dan suaminya pengarah, Syamsul Yusof.

Pasangan itu hari ini sepatutnya merekodkan persetujuan penyelesaian yang dikatakan telah dicapai dalam satu pertemuan yang mana Syamsul juga akan melafazkan talak terhadap Puteri Sarah pada hari ini.

Bagaimanapun, selepas kes disebut di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah memaklumkan mereka gagal mencapai persetujuan terhadap draf penyelesaian yang telah dipersetujui.

Sementara itu peguam syarie, Mohd. Azmi Rais yang mewakili Syamsul memaklumkan Puteri Sarah telah meminda beberapa terma dalam draf persetujuan tersebut.

“Bila diserahkan draf persetujuan, kami dapati terdapat perubahan antaranya plaintif (Puteri Sarah) masih ingin meneruskan tindakan saman terhadap Ira Kazar dan keluarganya. Sarah juga meminta jumlah mutaah yang tinggi yang tidak dapat dipersetujui oleh defendan (Syamsul),” ujar peguam itu.

Pada Jun 2022, Puteri Sarah memfailkan saman terhadap Ira selepas anak pelakon veteran itu didakwa mengganggu rumah tangganya.

Pada 4 Julai tahun sama, Mahkamah Sesyen di sini mengeluarkan perintah injunksi inter-parte (kedua-dua belah pihak) yang antara lainnya menyatakan Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan Ira menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentuanya termasuk suaminya Syamsul.

Ira juga dihalang daripada mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Sarah Liyana, keluarganya dan keluarga mentuanya, suaminya atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan isteri pertama Syamsul itu.

Sebelum ini pada prosiding terdahulu, mahkamah sama telah menetapkan hari ini untuk Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 38, melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah menetapkan prosiding lafaz cerai itu dibuat hari ini selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian. Bagaimanapun terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan pada hari ini yang mana ia akan direkodkan.

Antara terma-terma penyelesaian yang dipersetujui ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI