fbpx

Polis siasat berita palsu kedai jual mercun di Alor Setar meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kedai menjual mercun meletup yang kononnya berlaku di Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Polis membuka kertas siasatan terhadap satu video tular di aplikasi TikTok memaparkan sebuah kedai menjual mercun yang meletup kononnya berlaku di Alor Setar pada semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung penyebaran berita palsu tersebut kira-kira pukul 11.30 malam tadi.

“Laporan itu dibuat bagi menafikan bahawa kejadian itu berlaku di Alor Setar.

“Sebaliknya kejadian tersebut berlaku di kawasan lain iaitu di kawasan pentadbiran Balai Polis Bahau, Negeri Sembilan,” katanya di sini hari ini.

Klip video memaparkan kejadian itu yang dikongsikan melalui aplikasi TikTok setakat ini sudah dikongsi lebih 55,000 kali dan mengundang lebih 18,000 komen setakat pagi ini.

Difahamkan kejadian itu berlaku beberapa tahun lalu dan bukannya terjadi pada Ramadan tahun ini.

Mengulas lanjut Ahmad Shukri berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI