fbpx

PCG raih hasil RM29.0 bilion, keuntungan lepas cukai RM6.3 bilion tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) mengakhiri tahun 2022 dengan rekod hasil RM29.0 bilion dan keuntungan selepas cukai RM6.3 bilion.

PCG mencatatkan jumlah pengeluaran sebanyak 10.4 juta tan setahun (tpa) dan jumlah jualan 8.3 juta tpa, di samping mengekalkan rekod prestasi cemerlang dalam aspek keselamatan.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Ir. Mohd Yusri Mohamed Yusof berkata, PCG mencatatkan prestasi yang memberangsangkan pada tahun lalu biarpun menghadapi isu geopolitik, ketidaktentuan pasaran, dan cabaran umum dalam industri.

Katanya, syarikat tetap meneruskan kecemerlangan operasi dan komersial walaupun mengalami ketidaktentuan dalam tenaga dan pasaran komoditi menyebabkan harga minyak mentah dan petrokimia meningkat, selaras dengan dasar sifar Covid-19 yang berterusan di China serta peningkatan kos operasi yang disebabkan oleh kenaikan kos tenaga dan logistik.

“Kami berbangga dapat memberikan prestasi yang kukuh walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.

“Berpandukan strategi dua serampang PCG untuk mengekalkan kekuatan kami dalam petrokimia asas di samping mendalami bahan kimia khusus, kami berharap dapat menerokai sumber pendapatan baru dan mengukuhkan kedudukan kami di rantau ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, pada tahun lalu, ia merupakan tahun yang penting dari segi pertumbuhan, pengambilalihan Perstorp Group berpangkalan di Sweden oleh PCG, menghasilkan kepelbagaian dalam penawaran produk syarikat, khasnya portfolio bahan kimia khusus.

“Syarikat juga melancarkan fasiliti pembuatan bahan tambahan minyak pelincir baru di bawah BRB Group di Belanda yang berfungsi sebagai hab utama bahan tambahan minyak pelincir dan bahan kimia secara global untuk PCG. Selain itu, dua projek mencapai status Keputusan Pelaburan Akhir (FID) iaitu pembangunan loji melamin di Gurun, Kedah dan pengembangan kilang Asid 2-Ethylhexanoic (2-EHA) di Gebeng, Pahang.

“Kemasukan Kumpulan Perstorp menandakan satu kejayaan besar yang akan menawarkan lebih 130 produk baru, tujuh tapak pembuatan di seluruh dunia dan lebih 1,500 ahli baru yang menyertai keluarga PCG. PCG juga telah menubuhkan bahagian kimia khusus baru untuk mengurus dan mengemudi perancangan strategik penting selaras dengan aspirasi jangka panjang PCG dalam jurusan ini,” ujarnya.

Jelas Mohd Yusri, PCG meningkatkan komitmennya ke arah kelestarian pada tahun 2022 dan menjangkau sasaran jangka pendek untuk mengurangkan pelepasan GHG Skop 1 dan Skop 2 sebanyak 100,000 tan karbon dioksida setara (tCO2e) menjelang tahun depan.

“Menerusi pelbagai usaha seperti pengoptimuman proses dan penambahbaikan pemangkin, PCG telah mencapai pengurangan kumulatif lebih daripada 108,000 tCO2e setakat ini.

“Di samping itu, kepakaran Perstorp dalam penyelesaian lestari akan mempercepatkan penciptaan nilai untuk PCG dan perjalanan syarikat ke arah kelestarian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI