fbpx

Nelydia Senrose tenang, enggan tertekan soal anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOAL anak, Nelydia menyerahkan segalanya kepada rezeki Allah dan enggan terburu-buru.

“SAYA masih boleh bertenang soal anak kerana tidak mahu perkara tersebut membuat saya tertekan.”

Demikian penjelasan Nelydia Senrose apabila ditebak mengenai soal zuriat setelah lima tahun bergelar isteri kepada Mohd. Hafez Halimi Abdul Hamid.

Biarpun masih berusaha untuk mendapatkan zuriat, aktres itu tidak terburu-buru dan hanya berserah kepada rezeki Allah.

Justeru, pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Nik Sen itu akui dia masih tidak ada jawapan jika ditanya mengenai anak.

NELYDIA hanya mahu beraya dalam suasana sederhana dan berjaga-jaga kerana masih terkenangkan insiden buruk menimpa abang iparnya, pelakon Kamal Adli.

“Lagi pun saya percaya dengan rezeki dan masa yang Allah tetapkan. Apa-apa pun saya terima sahaja.

“Kalau ada rezeki, alhamdulillah dan jika tiada pun, saya masih juga tiada jawapan untuk persoalan tersebut,” katanya.

Masih lagi tentang anak, Nelydia juga mengakui lebih selesa untuk tidak berkongsi mengenai usahanya dalam mendapatkan zuriat, terutama sekali jika melakukan rawatan kesuburan in-vitro (IVF).

“Soal melakukan IVF adalah sebahagian daripada perjalanan hidup saya dan saya tidak mahu terlalu berkongsi. Apa-apa usaha yang dilakukan, biar saya dan keluarga terdekat sahaja yang tahu.

“Saya juga akan lakukan usaha yang termampu dan selebihnya akan serahkan kepada Allah,” ujar pelakon drama Lelakimu Yang Dulu.

Tiada tekanan

Berkongsi lanjut, adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu tidak juga berasa terbeban biarpun kerap disuakan persoalan tentang anak kerana percaya sikap tersebut sebagai simbolik kepedulian orang terhadapnya.

SEBAGAI memuliakan kedatangan Ramadan, pelakon filem Cinderella itu mengurangkan jadual kerja dan melebihkan waktu ibadah dan bersama keluarga. – SADDAM YUSOFF

Tidak ambil hati, dia turut menganggap pertanyaan daripada orang ramai adalah satu doa untuk rezeki dalam hidupnya.

“Saya okey sahaja kalau ada orang tanya kerana soalan tersebut bukan sesuatu yang sangat sensitif.

“Disebabkan pertanyaan sebegitu, saya anggap orang mengambil berat terhadap saya dan secara tidak langsung mereka mendoakan rezeki saya.

“Kalau orang tanya secara berlebihan, saya tetap akan jawab kerana zaman sekarang orang lebih terbuka dan cakna untuk menerima apa sahaja jawapan dari pertanyaan mereka,” tuturnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI