fbpx

Sivakumar nafi laporan kediaman, pejabat digeledah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar (tengah) ketika hadir pada majlis pra-pelancaran NTW di Putrajaya hari ini. FOTO FAISOL MUSTAPA/KOSMO!

PUTRAJAYA- Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar menafikan laporan yang mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah kediamannya semalam.

Ketika diasak media sama ada pihak berkuasa itu menggeledah kediaman dan pejabatnya, Ahli Parlimen Batu Gajah itu hanya menjawab tidak.

“Tidak, tidak,” katanya ketika ditemui selepas majlis prapelancaran National Training Week (NTW) 2023 di sebuah hotel di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau sekali lagi mengulangi kenyataan untuk memberi kerjasama penuh kepada agensi siasatan berkenaan.

“Saya akan beri kerjasama, Kementerian Sumber Manusia akan beri kerjasama dalam siasatan ini. Biar mereka (SPRM) buat siasatan, (kes) masih dalam siasatan. Kalau apa-apa kita akan bagi kerjasama yang penuh.

“(Semalam) kita hanya beri kenyataan, saya kata akan bagi kerjasama, saya bagi kerjasama,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan Sivakumar disiasat SPRM berhubung dakwaan menerima wang bernilai jutaan ringgit menerusi orang tengah sebagai jaminan meneruskan kontrak-kontrak kerajaan terhadap individu tertentu.

Beliau dipanggil membantu siasatan semalam susulan siasatan SPRM ke atas seorang pegawai tugas-tugas khas dan penahanan setiausaha sulitnya pada minggu lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI