fbpx

Melaka wujudkan semula pelancongan pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL RAZAK ketika ditemui pemberita selepas mahlis berbuka puasa di sebuah hotel di Kampung Bukit Cina, Melaka hari ini.

MELAKA – Melaka akan mewujudkan kembali industri pelancongan pendidikan di negeri ini dalam usaha membentuk generasi celik sejarah khususnya melibatkan pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, satu perbincangan sedang dilakukan bersama Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) bagi merangka kursus yang boleh ditawarkan kepada pihak sekolah.

“Pelancongan pendidikan ini adalah demi memastikan anak-anak kita di peringkat sekolah tahu sejarah yang betul kerana kalau dilihat pada hari ini ramai pihak tidak bertanggungjawab menyelewengkan fakta.

“Saya juga telah menyebut di bawah rektor pendidikan dan penyelidikan Perzim untuk libatkan anak-anak muda ini dengan kursus yang sesuai untuk pelajar sekolah,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di sebuah hotel di Kampung Bukit Cina, di sini, tadi.

Mengulas lanjut beliau berkata, persiapan rapi juga sedang dilakukan termasuk kerja-kerja menaik taraf muzium-muzium di negeri ini yang menjadi fasiliti utama sektor pelancongan pendidikan.

“Kita sedang buat persiapan dan memperhalusi fasiliti sedia ada kerana ia perlulah seiring dengan program-program pendidikan yang kita mahu anjurkan.

“Saya juga akan mencadangkan agar kita menjadikan hub sejarah pendidikan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau memberitahu, pemain-pemain industri peloncongan telah bersedia untuk menerima peningkatan jumlah pelancong pada musim perayaan Aidilfitri ini.

Katanya, satu program menyambut kepulangan anak-anak perantau Melaka akan turut dilakukan di Plaza Tol Ayer Keroh pada Rabu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI