fbpx

Gerai mercun terbakar di Chow Kit disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular kebakaran melibatkan gerai menjual bunga api dan mercun di Chow Kit, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan membabitkan sebuah gerai jualan bunga api dan mercun yang terbakar di tepi Jalan Raja Bot, Chow Kit, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 3.43 petang hari ini.

Menurutnya, siasatan awal dijalankan mendapati kejadian berlaku pada pukul 10.50 malam dan gerai tersebut tidak mempunyai lesen.

“Justeru, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957, Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

“Siasatan sedang berjalan di mana individu yang terlibat telah dikenal pasti dan akan diambil keterangan serta tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Noor Dellhan, orang ramai dinasihati agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebuah gerai yang menjual bunga api dan mercun terbakar sekali gus menyebabkan barangan dijual musnah dalam kejadian di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Insiden tersebut tular menerusi video di media sosial memperlihatkan mercun-mercun yang dijual meletup serta mengundang kebimbangan orang awam yang berada di kawasan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI