fbpx

Diduga hidap anoreksia, Ariana Grande bersuara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIANA GRANDE

BARU-BARU ini penyanyi terkenal Ariana Grande menarik perhatian media selepas memuat naik foto terbaharu dirinya dalam laman sosial.

Foto yang dimuat naik bersama pelakon Cynthia Erivo tersebut menunjukkan Ariana kelihatan sangat kurus sehingga menimbulkan tanda tanya ramai pihak.

Keadaan penyanyi itu sekali gus menimbulkan spekulasi tidak enak termasuk ada yang mendakwa dia menghidap penyakit anoreksia.

Enggan membiarkan khabar buruk terus menghantui pemikiran peminatnya, Ariana memberitahu keadaan dirinya menerusi sebuah hantaran video yang dikongsikan dalam TikTok miliknya.

Ujar pelantun lagu Side to Side itu, dia mengakui sebenarnya tidak suka untuk bercakap tentang keadaan tubuh badannya.

Kata penyanyi berusia 30 tahun itu, dia sihat dan berada dalam keadaan baik walaupun kelihatan lebih kurus berbanding sebelum ini.

Bahkan, ketika tubuhnya lebih berisi pada tahun lalu, dia sebenarnya sedang berperang dengan masalah kemurungan sehingga perlu mengambil ubat-ubatan.

“Keadaan yang anda lihat sekarang adalah lebih sihat berbanding ketika tubuh saya berisi. Ketika itu saya mengalami kemurungan dan perlu bergantung dengan ubat-ubatan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI