fbpx

6 lelaki warga asing dicekup larikan RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang yang dirampas dalam kejadian pecah pejabat di Wisma Manuris, Wangsa Maju, Khamis lalu.

KUALA LUMPUR – Seramai enam lelaki warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian pecah masuk pejabat di Wisma Manuris, Wangsa Maju, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan yang mengalami kerugian wang tunai mata wang asing berjumlah RM50,000 dan dua buah telefon bimbit.

“Susulan itu, hasil serbuan polis, kita berjaya menahan enam lelaki warga asing berusia antara 31 hingga 41 tahun di Mizumi Resident, Jalan Metro Perdana, Metro Prima Kuala Lumpur.

“Siasatan lanjut mendapati suspek melakukan kegiatan pecah masuk pejabat tersebut melalui bumbung di tingkat atas bangunan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashari berkata, kesemua suspek juga didapati terlibat dengan dua kes lain di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam, Selangor.

Sehubungan itu, katanya, polis turut merampas 38 keping mata wang asing pelbagai negara termasuk pelbagai barang lain dipercayai digunakan ketika kejadian.

“Antaranya empat walkie talkie, tiga set grinder jenama Bosch, pemutar skru, sarung tangan, penutup muka, gergaji dan pencungkil kuku kambing,” ujarnya.

Tambah Ashari, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula 17 April sehingga 20 April ini.

“Kita akan teruskan siasatan bagi mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI