fbpx

[VIDEO] Dua pekerja pukul majikan kerana lewat bayar gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sekumpulan pekerja binaan di KKIP memukul majikan mereka ekoran tidak puas hati berkenaan isu kelewatan gaji.

KOTA KINABALU – Polis menahan dua individu dan sedang mengesan dua lagi rakan mereka kerana dipercayai terlibat dalam insiden memukul pengarah projek pembinaan sebuah syarikat swasta di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) di sini semalam.

Kejadian yang tular di media sosial tersebut dipercayai berlaku akibat rasa tidak puas hati pekerja binaan terbabit kerana kelewatan membayar gaji oleh majikan mereka iaitu mangsa yang juga seorang warga Korea.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, mangsa seorang lelaki berusia 53 tahun membuat laporan polis pada pukul 12.40 tengah hari ini.

“Mangsa mengalami lebam serta bengkak di beberapa bahagian badan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Queen Elizabeth (HQE). Susulan laporan itu, polis menahan dua suspek, manakala dua lagi rakan suspek yang turut terbabit sedang dikesan.

“Hasil siasatan mendapati, punca berlakunya kejadian merusuh itu adalah disebabkan keempat-empat suspek serta pekerja-pekerja lain tidak berpuas hati atas kelewatan pembayaran gaji oleh pihak syarikat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Zaidi menyatakan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI