fbpx

Tak dimakan usia, Pak Nil macam artis K-pop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO lama Pak Nil ketika berusia 31 tahun persis artis K-pop.

TAK dimakan usia betul pengacara tersohor negara siapa lagi kalau bukan Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil.

Baru-baru ini, beliau ada berkongsi sebuah video ‘campak belakang’ ketika dia membuat persembahan dalam program Muzik-Muzik sekitar tahun 1990-an.

Katanya, video tersebut sudah pun berusia 30 tahun. Apa yang menarik perhatian Diva adalah aksi dan penampilan Pak Nil dalam video tersebut tidak jauh beza dengan masa sekarang.

Boleh dikatakan awet muda betul wajahnya. Lebih menarik perhatian apabila penampilan pengacara berusia 60 tahun itu tidak ubah seperti gaya artis K-Pop yang cukup popular hari ini.

Bak kata beliau, difahamkan video tersebut dirakam ketika dirinya berusia 31 tahun. Memang ramai yang memuji penampilan Pak Nil kerana tak nampak tua langsung! Apalah agaknya rahsia Pak Nil ya?

DIVA: Khabarnya Datuk Aliff Syukri mengamuk sebab stesen radio dan televisyen tidak mahu mainkan lagu raya terbaharunya. Pulak dah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI