fbpx

Suami ugut cerai jika beraya di rumah keluarga isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa buntu apabila dia tidak pernah berpeluang untuk beraya bersama keluarga sepanjang 14 tahun perkahwinannya.

Menerusi satu perkongsian di Twitter milik Abudi Alsagoff, wanita berkenaan didakwa berasa tertekan dan kecewa apabila dia diugut cerai talak satu oleh suaminya sekiranya dia masih berkeras untuk pulang ke rumah keluarganya.

Dakwa wanita tersebut lagi, sejak berkahwin dia tidak pernah beraya di rumah ahli keluarganya pada raya pertama.

“Tolong la, suami saya kata, kalau saya berkeras nak balik rumah mak saya, raya pertama jatuh talak

“Padahal keluarga saya rumahnya di Kuala Lumpur sahaja. Kami duduk Ampang. Apa salahnya kali ini singgah raya sekejap rumah mak saya, lepas itu balik Kedah,” dakwa wanita itu.

Lebih menyedihkan apabila keluarga mertuanya juga didakwa seolah-olah tidak memahami perasaan menantunya apabila sesuka hati menjatuhkan hukuman ‘derhaka’ sekiranya tidak pulang beraya di Kedah.

Perkongsian tersebut menjadi tular di aplikasi Twitter dengan tontonan sebanyak 300,00, 361 ulang ciap dan 1,890 tanda suka.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI