fbpx

Pemandu putus tangan kanan nahas bas persiaran rempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pemandu sebuah bas persiaran yang putus tangan kanannya selepas merempuh sebuah lori di persimpangan lampu isyarat jalan pintasan Kampung Seri Aman, Pasir Puteh petang tadi. - Foto ihsan bomba

PASIR PUTEH – Seorang pemandu bas persiaran putus tangan kanan selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori di Kilometer 37, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat persimpangan lampu isyarat jalan pintasan Kampung Seri Aman di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, mangsa, Mohamad Amirudin Azhar, 26, parah apabila putus tangan kanannya manakala dua penumpang bas berkenaan mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati, bas persiaran yang membawa dua orang penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, bas tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sisi kiri belakang sebuah lori yang sedang berhenti di kawasan lampu isyarat.

“Keadaan itu menyebabkan lori terbabit meluncur ke hadapan dan melanggar tiga buah kereta yang berhenti di hadapannya.

“Pemandu bas itu yang putus tangan kanannya dibawa ke Hospital Tengku Anis di sini untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keadaan sebuah bas persiaran selepas merempuh sebuah lori di persimpangan lampu isyarat jalan pintasan Kampung Seri Aman, Pasir Puteh petang tadi. – Foto ihsan bomba

Zaizul Rizal memberitahu, dua penumpas bas itu hanya cedera ringan manakala pemandu lori dan pemandu tiga buah kereta yang dirempuh kenderaan berat itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI