fbpx

KKD perkukuh strategi bantu golongan sasar tingkat pendapatan melalui digital – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (tengah) ketika menyampaikan sumbangan duit raya kepada pelajar pada Majlis Berbuka Puasa Program Cahaya Ramadan Bersama Gardenia di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, di sini, malam ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) kini dalam usaha untuk memperkukuhkan strategi bagi membantu golongan sasar meningkatkan pendapatan melalui ekonomi digital.

Menurut Menterinya, Fahmi Fadzil, usaha itu akan diadakan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Yayasan Tabung Kumpulan Usahaniaga (TEKUN) serta beberapa agensi lain.

Katanya, usaha itu termasuk meningkatkan pemahaman literasi digital bagi memberi kesedaraan tentang bahaya penipuan serta cara mengelak dari ditipu dalam talian.

“Ia juga termasuk bagaimana mahu meningkatkan pendapatan secara digital melalui platform alternatif seperti Shoppe dan TikTok Shop.

“Melalui kerjasama itu juga, kementerian juga sedang berusaha mengurangkan kos pembayaran internet. Saya harap gandingan ini dapat membantu meningkatkan pendapat golongan B40,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar pada Majlis Berbuka Puasa Program Cahaya Ramadan Bersama Gardenia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pantai, di sini malam ini.

Terdahulu, pada ucapannya di majlis berkenaan Fahmi meminta agar semua Ahli Parlimen meneliti masalah capaian internet bagi memberi kemudahan kepada guru-guru dan pelajar di sekolah.

Ujarnya, ia berikutan terdapat beberapa sekolah di negara ini menghadapi masalah penyambungan gentian optik dalam mendapatkan internet berkelajuan tinggi.

“Pertama kita nak pastikan guru-guru ada infastruktur dan prasarana internet yang baik mudah digunakan dan kalau anak-anak nak gunakan pun dalam keadaan terkawal tetapi keutamaan itu adalah kepada guru.

“Hujung Mac lalu, saya telah rasmikan Hab Rangkaian Gentian Optik Point of Presence (PoP) Zon Utara di SMK Padang Terap di bawah usaha SKMM, kita usahakan melengkapkan jaringan gentian optik sampai ke pintu sekolah cuma dari pintu sekolah ke bangunan ada kos sedikit,” jelasnya.

Pada majlis berkenaan, Fahmi turut berkesempatan menyampaikan sumbangan duit raya berjumlah RM200 kepada 50 buah keluarga kurang berkemampuan.

Selain itu, mereka juga turut menerima bantuan barangan runcit seperti beras, nasi himpit, susu, gula, kuih raya dan pelbagai lagi barangan lain yang bernilai RM200. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI