fbpx
LEE DA-IN

Kahwin bukan sebab hamil – Lee Da-in

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BELUM sampai seminggu merasai manisnya perkahwinan, timbul cerita tidak enak apabila ada pihak mendakwa pelakon Lee Da-in berkahwin dengan Lee Seung-gi kerana dirinya sedang hamil.

Perkara tersebut timbul hanya dalam masa beberapa hari selepas majlis perkahwinan pasangan
itu berlangsung pada 7 April lalu di Gangnam, Seoul.

Agensi Da-in iaitu 9ato Entertainment tampil dengan kenyataan menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu, aktres itu kini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk drama terbaharu terbitan MBC.

Tidak terkecuali memberi kenyataan adalah agensi Seung-gi dengan menyatakan perkara sama bahawa isterinya itu tidak hamil seperti didakwa.

Pasangan itu mengesahkan hubungan cinta mereka kepada umum sekitar Mei 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI