fbpx

[VIDEO] ‘Cikgu ini bagus sungguh, takut pelajar basah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan Cikgu Mahendran membantu memayungkan seorang anak muridnya daripada basah.

PETALING JAYA- Tindakan seorang guru memayungi anak muridnya yang hadir ke sekolah pada waktu pagi ketika hujan renyai menimbulkan perasaan kagum orang ramai baru-baru ini.

Video klip yang dimuatnaik oleh @Azie di TikTok memaparkan guru berkenaan berlari-lari ke arah kenderaan dinaiki pelajar dengan payung berwarna merah kerana bimbang mereka basah.

“Cikgu ini bagus sungguh, berlari ke kiri ke kanan ambil anak murid masa hujan. Pukul 6.30 pagi dia dah ada kat pagar kecik tu,” kata pemilik akaun.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian atas sikap mulia yang ditonjolkan oleh sang pendidik itu.

“Siap peluk lagi tu, cikgu macamni mesti anak-anak murid akan ingat sampai pencen,” komen Eyna.

“Lah, Cikgu Mahendran. Dia ni memang seorang cikgu yang baik sangat, dulu masa dia mengajar di SK Sungai Besi, semua anak murid sayang dekat dia,” kata Ekarafaiman.

“Cikgu Mahendran! Memang seorang yang sangat rendah diri dan baik sangat,” ujar esclyhn.

Video itu mendapat 853,400 tontonan, 88,000 sukaan dan 1430 perkongsian. -KOSMO! ONLINE

@aziella_azie #fypシ゚viral #fypシ #foryou #masukberanda #insanbiasa #salamramadhan #cikgu #sayangmurid#autisme #cikgubaik ♬ original sound – bukannamasebenarrr

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI