fbpx

Sun-hee, Seo-jin tak diundang ke perkahwinan Seung-gi, Da-in

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sun-hee, Seo-jin tidak mendapat undangan ke majlis pasangan Seung-gi, Da-in

SEMASA media sibuk melakukan liputan tentang kemeriahan dan kebahagiaan majlis perkahwinan penyanyi Lee Seung-gi, timbul dakwaan bahawa Lee Sun-hee dan Lee Seo-jin tidak menerima jemputan perkahwinan.

Lee Sun-hee ialah penyanyi veteran dan mentor lama kepada Seung-gi.

Dia juga merupakan orang pertama membawa selebriti itu menjadi penyanyi, pelakon, penghibur yang berjaya seperti sekarang.

Manakala, Lee Seo-jin ialah rakan label kepada bekas agensi Seung-gi, Hook Entertainment dan juga kenalan rapat kepada penyanyi lelaki itu.

Media mendedahkan ketidakhadiran kedua-dua selebriti dek tidak menerima jemputan perkahwinan Seung-gi dan Da-in.

Dua individu terbabit juga dikatakan terlibat dalam pertikaian undang-undang penyanyi berusia 36 tahun itu dengan Hook Entertainment.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI