fbpx

Sedang berpantang, Shahida hadir majlis bawa bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHIDA bersama suaminya, Aliff Syukri dan anak keenam mereka yang baru berusia tidak sampai dua minggu.

MACAM baru semalam sahaja isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida melahirkan cahaya mata keenam, tapi tiba-tiba sahaja dilihat cergas menghadiri majlis berbuka puasa di sebuah hotel.

Ikutkan pada tempoh tersebut wanita berusia 38 tahun itu sedang menjalani tempoh berpantang usai menimang si kecil yang dinamakan Luqman Al-Hakim.

Kehadiran Shahida bersama suami serta keenam-enam anak ke majlis berkenaan adalah bagi memenuhi janji kepada kakitangan syarikat mereka.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi beberapa video dan gambar dalam laman sosialnya.

Mengenakan jubah rona cerah dan siap solekan menyerlahkan kejelitaannya, rata-rata memuji wajah segar Shahida yang tidak kelihatan seperti baru lepas bersalin.

Begitupun ramai yang meninggalkan komen berupa nasihat sebab bimbang dalam tempoh terlalu singkat sepatutnya dia perlu berehat hingga benar-benar bertenaga.

Malah, faktor persekitaran yang masih dalam keadaan berjaga-jaga dengan wabak berjangkit membuatkan segelintir individu risaukan keadaan bayinya.

Mizz Lahar pun naik seriau tengok bekas anggota kumpulan nasyid Solehah itu berjalan-jalan dalam dewan dan siap berdiri lama-lama mengagihkan duit raya. Tak takut bentan ke?

Apa pun tuan punya badan lebih tahu sejauh mana ketahanan dirinya. Kita doakan saja ibu dan anak sentiasa dalam lindungan Allah.

Mizz Lahar: Senada dengan Fazura yang terbuka menegur segelintir pengasuh tidak amanah dalam bekerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI