fbpx

Pelajar bukan Islam teruja sertai ‘rewang’ bubur lambuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yuvetha (duduk lima kiri) bersama rakan-rakan dan pensyarah menyediakan pek bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai

SHAH ALAM – Tradisi ‘merewang’ memasak bubur lambuk memberi keterujaan khususnya kepada pelajar bukan beragama Islam Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA).

Pelajar Diploma Perniagaan Antarabangsa S.N.Yuvetha,20, berkata, dia berasa sangat teruja apabila menyediakan juadah bubur lambuk bersama-sama rakan dan pensyarah.

“Ini kali pertama saya menyertai program seperti ini dan dapat merasai kemeriahan rakan-rakan beragama Islam berpuasa dan menyambut bulan Ramadan.

“Menerusi sedekah makanan ini terutama kepada para pelajar dan orang susah mendidik saya untuk bersyukur dan berkongsi dengan orang lain,” katanya di sini, hari ini.

Sebanyak 1,500 pek bubur lambuk disiapkan dan diedarkan kepada warga PSA serta komuniti setempat termasuk anggota beruniform dan sekolah tahfiz.

Sementara itu, Pengarah PSA, Dr. Norhayati Zakaria berkata, program bersifat santai itu merupakan platform yang baik khususnya untuk para pelajar mengenali dan meraikan kepelbagaian agama, adat dan budaya.

Katanya, PSA menyediakan tiga jenis hidangan bubur lambuk iaitu ayam, daging dan udang.

“Ini bagi menghormati sesetengah kaum atau individu yang tidak boleh makan hidangan tertentu. Jadi kami menyediakan variasi untuk mereka,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI