fbpx

Mahkamah: Penganggur bunuh anak saudara dihukum gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Safuan (kanan) dihukum gantung sampai mati kerana membunuh anak saudaranya di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Perbuatan kejam seorang penganggur membunuh anak saudara perempuannya pada tiga tahun lalu berbalas apabila dia dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd. Safuan Ramli, 30, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau menolak hujahan pihak pembelaan yang mengatakan tertuduh membunuh tanpa niat kerana terdengar suara mengarahkannya berbuat demikian.

“Mengikut hujahan pihak pembelaan, suara itu menyuruh tertuduh menikam ibu dan abangnya namun tidak mengikuti arahan itu sebaliknya melarikan diri selepas menikam anak saudaranya.

“Kisah ini tidak dibangkitkan oleh pihak pembelaan selain tertuduh juga tidak dipaksa mengambil dadah. Jadi tertuduh gagal membuktikan dia tidak waras ketika melakukan perbuatan itu,” katanya ketika membawakan keputusan penghakimannya di sini hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Safuan didakwa membunuh anak saudaranya, Nurhafiya Aufa Mohd. Taquddin yang sewaktu kejadian berusia tiga tahun.

Perbuatan itu didakwa melakukan di sebuah rumah di Felda Cherul 2 , Kemaman pada pukul 1 petang, 27 Januari 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI