fbpx

Kamarulzaman dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarulzaman

PETALING JAYA – Bekas Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur berkuat kuasa pada 17 April depan.

Ketua Setiausha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, Kamarulzaman dilantik mengantikan Datuk Seri Mahadi Che Ngah yang telah tamat tempoh sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 31 Mac lalu.

Beliau berkata, pelantikan itu juga selaras dengan subseksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 [Akta 190].

“Tahniah atas pelantikan Datuk Sr Kamarulzaman Mat Salleh sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur berkuat kuasa pada 17 April 2023.

“Saya percaya dengan pengalaman yang dimiliki, beliau mampu memperkukuhkan lagi tadbir urus serta fungsi pihak berkuasa tempatan yang dilaksanakan oleh DBKL agar terus memberi faedah kepada rakyat dan Kerajaan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, Mohd. Zuki turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih kepada Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

Terdahulu katanya, Kamarulzaman, 59, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda) dari Universiti Teknologi Malaysia (1987).

Beliau mula berkhidmat di DBKL pada tahun 1991 dan mempunyai 32 tahun pengalaman dalam pengurusan bandaraya serta dasar-dasar perancangan Bandaraya Kuala Lumpur.

Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Pengarah Eksekutif. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI