fbpx

Gerhana Matahari Hibrid boleh dilihat di negara ini 20 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gerhana Matahari Hibrid

PETALING JAYA – Malaysia akan mengalami gerhana matahari separa atau dikenali sebagai fenomena Gerhana Matahari Hibrid pada 20 April ini.

Menerusi perkongsian @NewsBFM di Twitter, fenomena tersebut boleh dilihat pada dua waktu berbeza.

“Sabah boleh melihat gerhana dari 11 pagi hingga 2 petang, dan mereka yang berada di kawasan Semenanjung boleh melihatnya dari 11 pagi hingga 1 tengah hari,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menerusi akaun rasminya di Twitter pula memaklumkan, Gerhana Matahari Hibrid ialah gerhana matahari yang sangat jarang berlaku, iaitu dianggarkan setiap dekad di mana kedua-dua jarak bulan dan matahari ke bumi perlu berada pada kedudukan tertentu untuk fenomena ini berlaku.

“Gerhana Matahari Hibrid hanya berlaku tujuh kali pada abad ke-21, iaitu pada tahun 2013, 2023, 2031, 2049, 2050 dan 2067.

“Ia dipanggil ‘hibrid’ kerana melibatkan ketiga-tiga kawasan bayang-bayang bulan iaitu umbra, penumbra dan antumbra,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI