fbpx

Enam hari diburu, ‘Reza Razali’ ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roslizal.

PETALING JAYA – Selepas hampir enam hari diburu, Roslizal Razali telah ditahan semalam kerana dipercayai memuat naik ciapan berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu kententeraman awam.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Asisten Komisioner A. Skandaguru berkata, suspek ditahan oleh sepasukan pegawai Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kira-kira pukul 6.30 petang di sekitar ibu negara.

“Tangkapan melibatkan individu bernama Roslizal Razali yang dipercayai memuat naik ciapan di Twitter @RezaRazali.

“Pihak polis turut merampas komputer riba dan telefon bimbit bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Skandaguru, antara kesalahannya mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut serta Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

Tambahnya, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Pihak polis akan mendapatkan permohonan reman hari ini,” ujarnya.

Terdahulu, PDRM membuat hebahan bagi mengesan Roslizal, 46, untuk membantu siasatan kes terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI