fbpx

Malaysia sumbang lebih setengah juta untuk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry bergambar kenangan pada Majlis Berbuka Puasa di Wisma Putra hari ini. - FOTO- FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA- Kerajaan Malaysia hari ini menyumbang sejumlah AS$124,179 (RM561,996) untuk pelbagai projek pembangunan di Palestin yang melibatkan tiga pihak.

Sumbangan itu disampaikan Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir hasil derma rakyat negara ini kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).

“Pemberian ini membuktikan komitmen berterusan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin membinakan semula negara mereka yang musnah,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Putra di sini malam ini.

AAKRP diwujudkan oleh Kementerian Luar pada 2002 di bawah Seksyen 9 Akta Acara Kewangan bagi menyalurkan sumbangan ihsan rakyat Malaysia terus kepada Palestin.

Untuk program kali ini pula, sejumlah AS$50,000 (RM220,620) disampaikan terus kepada pihak Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Islam Jordan untuk Masjid Al-Aqsa.

Sumbangan itu diterima oleh Duta Besar Jordan ke Malaysia, Thamer Abdalla Mohammad Adwan disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Baki daripada sumbangan AAKRP tersebut diserahkan kepada Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid A.M. Abuali antaranya bagi digunakan Kementerian Pendidikan Palestin..

Ia melibatkan AS$30,000 (RM132,367) untuk pemasangan fasiliti sistem solar dua buah sekolah di Tebing Barat dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Jordan.

Selebihnya iaitu AS$44,179 (RM200,000) untuk Global Peace Mission melakukan pelbagai projek pembinaan semula rumah warga Palestin yang dimusnahkan rejim Israel. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI