fbpx

Letak kereta secara haram, bas pengantara MRT tersangkut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik di akaun Twitter @Twt_Cyberjaya

PETALING JAYA – Kecoh di media sosial sejak petang tadi apabila bas pengantara Transit Aliran Massa (MRT) terhalang akibat kenderaan-kenderaan yang diletakkan di bahu jalan.

Menerusi ciapan @Twt_Cyberjaya, kejadian tersebut telah menyebabkan kesesakan di laluan keluar di stesen MRT Cyberjaya City Centre.

Dua buah bas tersebut dilihat tidak dapat meneruskan perjalanan kerana terhalang oleh kenderaan yang diletakkan secara haram di bahu jalan.

“Orang letak kereta kiri dan kanan bahu jalan. Tidak fasal bas pengantara sangkut dan lambat daripada jadual,” ciapnya.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 2,061 perkongsian dan 1,671 tanda suka sejak dimuat naik sekitar pukul 6 petang tadi.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang mengecam tindakan pemilik-pemilik kenderaan tersebut disamping menyalahkan pihak berwajib kerana tidak menyediakan tempat parkir secukupnya.

“Penguatkuasa harus ambil tindakan tegas untuk kemudahan orang ramai agar perkara sebegini tidak berulang lagi,” komen @tinglip.

“Buatlah tempat letak kereta banyak mana pun, kalau orang nak letak kereta tepi jalan pun mereka tetap akan buat. Kalau boleh nak letak depan stesen sebab malas berjalan,” komen @FrugalFliza.

“Saya tidak faham kenapa pihak berwajib bina pengangkutan awak tetapi tidak sediakan tempat letak kereta secukupnya,” komen seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI