fbpx

Kedudukan anak bulan dijangka tidak penuhi syarat raya hari Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMRAN Awaludin ketika cerapan hilal Ramadan yang diadakan di Balai Cerap Telok Kemang, Kompleks Baitul Hilal, Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.

SEREMBAN – Kedudukan anak bulan pada 20 April nanti tidak memenuhi kriteria Imkanur Rukyah bagi menjangkakan tarikh 1 Syawal jatuh pada 21 April.

Timbalan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Amran Awaludin berkata, sehubungan itu umat Islam dinasihat untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menunggu keputusan cerapan anak bulan untuk menentukan tarikh 1 Syawal pada 20 April ini.

“Jangan buat sebarang spekulasi, kita berpandukan kaedah rukyah dan hisab maka kena tunggu keputusan cerapan pada petang hari Khamis 20 April itu nanti.

“Berdasarkan kriteria Imkanur Rukyah yang telah ditetapkan memang kedudukan anak bulan tidak memenuhi kriteria tersebut yang menolak jangkaan 1 Syawal jatuh pada 21 April,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebanyak 29 lokasi di seluruh negara akan melaksanakan cerapan anak bulan untuk menentukan tarikh 1 Syawal pada 20 April ini.

“Kriteria Imkanur Rukyah ini mesti la ketinggian anak bulan dari garis ufuk (kaki langit ) melebihi tiga darjah seterusnya jarak lengkung melebihi 6.4 darjah selepas matahari terbenam.

“Ini telah diputuskan dalam Muzakarah Falak Kebangsaan Tahun 2021 dan Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) juga,” jelas Amran lagi.

Beliau dalam pada itu menyarankan umat Islam untuk menumpukan dalam amal ibadat ketika ini terutama apabila bulan Ramadan sudah memasuki 10 malam terakhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI