fbpx

Bekal by Foodpanda lonjak sektor penghantaran makanan halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im (depan tiga kiri) bergambar bersama rider Bekal by Foodpanda di Cyberjaya hari ini. - FOTO- FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

CYBERJAYA – Inisiatif diambil Bekal by Foodpanda memperkenalkan sektor penghantaran makanan halal bakal melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai hub makanan halal di mata dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar berkata, inisiatif itu juga bakal membuka lembaran baharu dalam ekosistem penghantaran makanan halal di Malaysia.

Beliau berkata, pihaknya berharap inisiatif itu akan diikuti oleh syarikat penghantaran lain di negara ini.

“Saya ucap tahniah kepada Foodpanda di atas inisiatif mewujudkan cabang penghantaran makanan berstatus halal,” katanya ketika berucap melancarkan bekal by foodpanda di sini, hari ini.

Bekal by foodpanda adalah satu-satunya platform penghantaran di Malaysia yang mendapat pengiktirafan halal olen Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Lebih menarik, bekal by foodpanda mematuhi setiap proses halal bermula daripada pesanan dibuat hingga pesanan dihantar ke rumah selain menjaga integriti dan kesucian halal sesuatu produk.

Ia juga dilengkapi dengan beg penghantaran khas bagi produk halal dan penghantar juga diberikan latihan khusus mengenai kesedaran halal dan sertu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif bekal by foodpanda, Sayantan Das berkata, pihaknya melihat permintaan yang semakin meningkat dalam kalangan pelanggan untuk segmen penghantaran halal.

Beliau berkata, pelanggan kini boleh menaruh kepercayaan terhadap bekal by foodpanda dalam hal pematuhan piawaian kebersihan dan keselamatan makanan yang paling ketat.

“Kami akan memastikan bahawa setiap penghantaran dilakukan dengan kepatuhan penuh kepada prinsip-prinsip halal, tanpa risiko makanan itu dicemari oleh makanan yang tidak halal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI