fbpx

Warga emas ditemukan berulat, meninggal dunia lebih seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga emas ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Kampung Masjid Selemak. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

REMBAU – Rasa curiga penduduk yang juga jiran susulan sudah lama tidak terlihat kelibat seorang warga emas ke solat terawih di masjid membawa penemuan mayat warga emas itu di dalam rumahnya di Kampung Masjid Selemak, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu, Zulkarnain Alias, 66, disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati seorang lelaki terbaring di ruang tamu rumah dalam keadaan berpakaian lengkap dan telah berulat di bahagian kepala dan kaki.

“Simati disyaki telah meninggal dunia sejak seminggu yang lalu. Simati telah di keluarkan dari rumah dan dihantar ke Hospital Rembau untuk proses bedah siasat. Kes diteruskan siasatan dan menunggu hasil bedah siasat yang akan dijalankan hari ini.

“Hasil temubual dengan waris si mati menyatakan si mati merupakan pesakit strok sejak 20 tahun yang lalu akibat demam panas dan sekaligus merosakkan sistem pendengarannya, selain sakit kencing manis dan darah tinggi. Kali terakhir waris ke rumah si mati iaitu 1 April lalu, si mati dalam keadaan sihat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, jiran si mati, Mohd Zura Idris, 67, berkata, dia mulai berasa tidak sedap hati apabila tidak nampak kelibat warga emas berkenaan, namun dimaklumkan kemungkinan tiada di rumah kerana pergi ke rumah adik-beradik yang lain.

“Tapi hati saya dah tak sedap, dua tiga hari ini macam bau busuk. Jadi saya maklumkan pada Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Selemak, Mohd Izal Ibrahim, 41, untuk meninjau ke rumah si mati.

Menurut Mohd Izal, dia ternampak si mati dalam keadaan terbaring di atas lantai dan beberapa bahagian badan termasuk muka sudah dipenuhi ulat.

“Saya terkejut kerana ini baru pertama kali kejadian mati berhari-hari di dalam rumah. Arwah kebiasaannya setiap tahun akan bersolat terawih, namun kali ni tiada dan saya tertanya-tanya juga namun beranggapan, arwah ke rumah adik-beradiknya yang lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI