fbpx

UCL: Bayern mahu rekod tanpa kalah kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAYERN turun dengan reputasi menjadi pasukan yang masih belum tewas dalam sebarang aksi pada saingan Liga Juara-Juara musim ini. – AFP

MUNICH – Bayern Munich seharusnya membawa momentum sama seperti menewaskan Paris Saint Germain (PSG) untuk aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) bertemu Manchester City di Etihad awal pagi esok.

Dua bintangnya, Matthijs De Ligt dan Kingsley Coman merasa­kan aura ketika menyingkirkan PSG di pusingan 16 terbaik de­ngan kejayaan 3-0 secara agregat harus dibawa ke Etihad sebelum aksi timbal balik di tempat sendiri 20 April nanti.

“Manchester City memiliki pemain berkualiti dan kami akan melakukan segala-galanya untuk berdepan mereka. Kami berjaya bertahan dengan baik ketika menentang PSG yang diketuai Kylian Mbappe, Lionel Messi dan Neymar.

“Agak sukar untuk memenangi perhitungan satu lawan satu ketika berdepan pemain seperti itu. Namun, jika kami bermain de­ngan lebih bijak, segalanya boleh berlaku,” kata De Ligt.

“City pasti terarah kepada Erling dan mereka juga ada pemain sayap yang berkualiti. Sama se­perti kami, mereka juga boleh dikatakan pasukan serba lengkap.

“Kami tahu kami mampu me­lakukannya, namun kali ini kami perlu memberikan segala-gala­nya. Kami menang dalam semua perlawanan setakat ini (di Liga Juara-Juara) dan ia sesuatu yang cukup hebat kerana kami menentang lawan yang hebat,” kata Coman.

Walaupun dipalit dengan kekalahan 1-2 berdepan Freiburg pada perlawanan Piala Jerman, minggu lalu, Coman kekal positif dan merasakan tiada apa yang mustahil untuk memastikan kemenangan di tempat lawan.

Bintang dari Perancis itu menegaskan Bayern berpeluang untuk menang sekiranya seluruh pasukan mampu mempamerkan aksi terbaik dan percaya rakan sepasukannya miliki kualiti untuk merealisasikan impian ber­kenaan.

Jika berjaya memastikan kemenangan, ia menjadi detik terbaik buat Bayern yang kini masih lagi kebal dengan rekod kemenangan bersih pada saingan Liga Juara-Juara musim ini.

“Kami berjaya kekal tanpa sebarang kekalahan dalam lapan perlawanan lalu dan sekarang kami bakal bertemu satu lagi lawan yang berkualiti. Saya harap kami mampu mengekalkan ren­tak itu sekali lagi,” kata De Ligt. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI