fbpx

Suami tersentuh, individu bantu isteri tak cukup duit beli barang rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang suami yang juga bapa meluahkan rasa syukur apabila seorang lelaki asing bertindak membayarkan kesemua pembelian barang rumahnya yang berjumlah RM120.

Menerusi hantaran di Facebook Aiman Banna, dia berkongsi kisah tersebut yang berlaku kepada isterinya baru-baru ini.

Kata Aiman, pada waktu itu, isterinya keluar pergi membeli barang rumah termasuk susu, lampin anak dan barang keperluan lain dengan kos sekitar RM120.

Bagaimanapun, disebabkan terdapat gangguan pada aplikasi Maybank2u, Aiman tidak dapat membuat pindahan menyebabkan isterinya kekurangan duit ketika berada di kaunter pembayaran.

“Dah ‘transfer’ (pindah) duit tapi dalam akaun tak terima. Isteri kata nak kurangkan barang di kaunter. Sebab duit tak cukup.

“Tapi tiba-tiba, pakcik yang beratur di belakang keluarkan tunai RM150 dan bayarkan semua barang rumah.

“Bila kata minta nombor akaun untuk bayar balik, dia mati-matian tak nak dan kata ini rezeki kamu,” kata Aiman.

Dalam pada itu, dia mendoakan semoga Allah murahkan rezeki lelaki tersebut dan merahmati serta berkati segala urusannya.

“Rezeki Ramadan, Alhamdulillah. Jika ada kemampuan dan rezeki lebih, nak sangat buat seperti yang dibuat pak cik tadi InshaAllah,” tambahnya.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai berpandangan sama dan mendoakan individu terbabit.

“Janji Allah itu pasti, bila dalam kesusahan rezeki datang dari mana-mana tanpa kita tahu. Semoga Allah murahkan rezeki dia,” kata planta.

“Terbaik. Ada yang Allah luaskan rezekinya dan ada yang disempitkan. Yang diluaskan rezekinya itu, tolong bantu mereka yang disempitkan,” ujar desa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI