fbpx

Shah Rukh Khan paling berpengaruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH RUKH KHAN

BINTANG Bollywood Shah Rukh Khan terus melakar sejarah peribadi apabila berada di posisi teratas senarai Individu Paling Berpengaruh menerusi undian yang dikelolakan majalah Time bagi kempen TIME100.

Edisi yang bakal diterbitkan pada 13 April ini menunjukkan pelakon berusia 57 tahun itu berjaya memungut empat peratus daripada 1.2 juta undian, sekali gus layak berada di carta teratas.

Antara nama yang berada di belakangnya ialah pemain bola sepak terkemuka, Lionel Messi, di tangga ke lima dengan 1.8 peratus undian.

Bagi kedudukan kedua, wanita Iran yang memperjuangkan hak mendapat tiga peratus undian, manakala tangga ketiga diraih seorang petugas kesihatan yang berjuang ketika serangan pandemik.

Melihat posisi keempat pula, carta menunjukkan Prince Harry dan Meghan Markle mencatatkan 1.9 peratus undian daripada populariti mereka sejak tahun lalu.

Terdahulu nama Shah Rukh Khan terus mengharum sejak filem lakonannya yang diterbitkan pada 25 Januari lalu, Pathaan ‘box office’ di seluruh dunia.

Awal tahun ini bintang legenda itu dianggarkan mempunyai kekayaan bernilai sekitar RM3 bilion hasil kerjaya seni, sekali gus yang meletakkan dirinya sebagai aktor Asia terkaya Asia dan berada pada kedudukan ke empat bintang filem terkaya dunia.

Berada di hadapannya ialah Tom Cruise, Jackie Chan, dan George Clooney.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI