fbpx

Penumpang tarik rambut pramugari, pesawat terpaksa patah balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penerbangan AI 111 ke Lapangan Terbang Heathrow berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi pada pagi semalam. – Getty Images

NEW DELHI –  Sebuah pesawat Air India yang  dalam penerbangan ke London terpaksa berpatah balik ke New Delhi selepas seorang penumpang dilaporkan memulakan pergaduhan dengan kru kabin, lapor akhbar Metro UK semalam.

Penerbangan AI111 ke Lapangan Terbang Heathrow berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi pagi semalam selepas seorang penumpang  berkelakuan biadab.

Individu terbabit menarik rambut seorang kru kabin dan menyebabkan kecederaan fizikal kepada seorang petugas lain.

Ketika insiden berlaku, penumpang tersebut dikatakan telah beberapa kali diberikan amaran namun, memilih untuk terus bertindak agresif.

Pesawat itu berlepas pukul 6.35 pagi (waktu tempatan), namun berpatah balik tiga jam kemudian selepas pergaduhan tercetus.

Laman berita Hindustan Times melaporkan penumpang berkenaan diserahkan kepada pihak polis sejurus tiba di lapangan terbang.

Sebuah penerbangan lain ke London dijadualkan semula pada petang hari yang sama.

“Juruterbang membuat keputusan berpatah balik ke New Delhi manakala penumpang tersebut diserahkan kepada anggota pasukan keselamatan sejurus mendarat.

“Kami kesal atas  segala kesulitan yang terpaksa ditanggung oleh penumpang lain dan telah menjadualkan semula penerbangan,” kata seorang jurucakap Air India. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI