fbpx

Makmum tikam imam semasa solat Subuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Seorang imam berada dalam keadaan stabil selepas ditikam kelmarin di sebuah masjid di bandar Paterson, dalam negeri New Jersey, demikian menurut pegawai tempatan seperti ldilaporkan saluran berita CNN.

Imam Sayed Elnakib ditikam sekitar pukul 5.30 pagi (waktu tempatan) di Masjid Omar, selatan Paterson ketika mengetuai solat subuh, kata jurucakap masjid berkenaan, Abdul Hamdan kepada CNN.

“Suspek yang identitinya tidak diketahui oleh jemaah lain, sedang menunaikan solat sebelum ‘menerjah dengan pisau dan menikam Imam Sayed berulang kali atau sekurang-kurangnya dua kali,” kata Hamdan.

Suspek kemudian cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap oleh jemaah lain. Mereka memberkasnya sehingga polis tiba.

Menurut Hamdan, terdapat lebih 200 jemaah di masjid ketika kejadian itu. Jurucakap itu sama berkata, dia percaya insiden itu adalah kes terpencil dan memberi jaminan bahawa ‘Masjid Omar masih selamat untuk beribadah’ serta akan terus dibuka.

Sementara itu, Datuk Bandar Paterson Andre Sayegh berkata, beliau melawat Imam Sayed di hospital sejurus selepas kejadian itu. Menurutnya, imam itu berada dalam keadaan stabil di Pusat Perubatan Universiti St. Joseph.

Serangan itu berlaku semasa bulan Ramadan yang disambut oleh orang Islam di Amerika Syarikat dari 22 Mac hingga 20 April ini.

Bandar Paterson mempunyai lebih 150,000 penduduk dan terletak sekitar 24 kilometer ke utara bandar raya Newark. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN