fbpx

Keluarga mangsa kebakaran 4 beradik nafi terima sumbangan RM100,000 dari Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KO HTUT dan isteri, Nabila Sedu ibu bapa kepada empat beradik malang yang terkorban dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, Bakri, Muar.

MUAR – Keluarga empat kanak-kanak yang meninggal dunia dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor di sini, menafikan dakwaan mereka menerima wang sumbangan sebanyak RM100,000 daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Bapa kanak-kanak malang terbabit, Tien Ko Htut, 31, berkata, dia bersama isterinya, Nabila Sedu, 30, sedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sekiranya dipanggil untuk memberi keterangan mengenai isu tersebut.

“Kami tidak menerima sejumlah wang tersebut seperti yang diidakwa pihak tertentu. Kalau ada pihak kata mereka ada bukti, tunjukkan bukti. Kalau hendak cakap kosong (terima duit sebanyak itu), semua orang boleh cakap.

“Kalau Ebit Lew bagi duit sejumlah itu pada kami, sila buktikan. Kami tidak pernah terima duit sebanyak itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tien Ko menambah, dia serta isteri bersedia pada bila-bila masa untuk disiasat oleh pihak berkuasa atau sesiapa sahaja berkaitan isu itu.

“Saya bersedia untuk tunjukkan bukti apa yang saya ada (duit). Sebelum ini ada tuduhan yang dibuat kepada saya dan isteri kononnya saya sudah kaya dapat duit diberi RM100,000 dari pendakwah terkenal itu dan terus simpan di bank.

“Kena tunjuk bukti dalam akaun bank saya. Sila periksa akaun bank saya, tiada masalah,” katanya dengan nada kesal.

Menurutnya, dia berasa sedih apabila memikirkan kenapa ada pihak yang tidak mengenalnya sanggup menabur fitnah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI