fbpx

Bung Moktar nafi keluarkan kenyataan nyata sokongan kepada GRS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung Moktar ketika menghadiri sebuah majlis hari ini.

KINABATANGAN – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menafikan mengeluarkan kenyataan yang mengatakan beliau kembali menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) seperti disiarkan sebuah stesen televisyen swasta hari ini.

Menurut Bung Moktar, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa BN memberikan sokongan kepada kerajaan GRS di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dengan mengambil kira ketetapan di peringkat Persekutuan bagi membentuk kerajaan perpaduan.

“Perbincangan telah dilakukan oleh Sekteriarat Tetap Kerajaan Perpaduan bagi menyelaras semua parti dan di Sabah kita diwakili oleh Timbalan Ketua Umno Sabah sebelum ini Datuk Yakub Khan.

“Bagaimanapun, tiada ada resolusi yang dicapai sehingga ke hari ini malahan pemecatan penjawat jawatan awam lantikan politik dari UMNO terus dilakukan.

“Inikah yang dimaksudkan dengan kerajaan Perpaduan,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri majlis Santuhan Kasih Ramadahan di Masjid Daerah Kinabatangan hari ini.

Mengulas lanjut, Bung Moktar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah menjelaskan terdapat kekeliruan dalam kalangan rakyat khususnya ahli parti apabila pemimpin UMNO yang masih berada dalam kerajaan GRS sekarang.

“Bagaimanapun, mereka tidak dapat membuat sokongan secara terbuka dan menandatangani akuan bersumpah (SD).

“Pemimpin berkaitan dipecat oleh UMNO kerana mereka menyokong secara terbuka dan menandatangi akuan bersumpah (SD) selain mengistiarkan keluar dari UMNO,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI