fbpx

UMW Aerospace menang kontrak Rolls-Royce

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul menerima cenderahati yang disampaikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Datuk Ahmad Fuaad Kenali sempena lawatan kerja beliau di fasiliti UMW Aerospace di Serendah, hari ini.

PETALING JAYA – UMW Aerospace Sdn. Bhd. (UMW Aerospace) telah memenangi kontrak daripada Rolls-Royce Plc (Rolls-Royce) untuk membekalkan bahagian belakang selongsong kipas (rear case) untuk enjin pesawat Trent 1000 dan Trent 7000.

Untuk tujuan tersebut, UMW Aerospace akan melabur kira-kira RM65 juta untuk membangunkan kilang pemprosesan kimia dan proses yang berkaitan untuk mengeluarkan rear case di kilang pembuatan mereka di UMW High Value Manufacturing Park di Serendah.

Ketika ini, rear case diimport dari luar negara dan dipasang menjadi selongsong kipas yang lengkap.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengumuman ini adalah bukti bahawa syarikat multinasional yang ditubuhkan mengiktiraf landskap perindustrian negara yang dianggap stabil dan kondusif untuk rantaian bekalan global mereka.

“Melalui kontrak ini juga, UMW Aerospace akan menjadi syarikat pertama di Asia Tenggara yang telah membangunkan kilang pemprosesan kimia untuk industri aeroangkasa, yang akan mengukuhkan ekosistem aeroangkasa.

“Kontrak ini juga selaras dengan inisiatif Aspirasi Pelaburan Nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena lawatan kerja ke UMW Aerospace di sini hari ini.

Pada tahun 2022, industri aeroangkasa Malaysia telah mencapai hasil perniagaan lebih RM15.3 bilion manakala eksport bagi bahagian dan komponen aeroangkasa meningkat 9.1 peratus kepada RM6.3 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Dua projek aeroangkasa bernilai RM146.75 juta telah diluluskan pada 2022 melibatkan sektor pembuatan serta penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI