fbpx

Penang FC puas ‘jinakkan’ PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penang FC sekali lagi meraih kemenangan di laman sendiri apabila berjaya membenam PDRM 4-2 pada perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya malam tadi.

GEORGE TOWN –  Penang FC berjaya memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila berjaya membenam cabaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-2 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bandaraya malam ini.

Dalam perlawanan yang disaksikan lebih 1,000 penyokong itu, PDRM bermula garang apabila terlebih dahulu berada di depan dengan jaringan seawal minit ketiga menerusi pemain tengah kelahiran Liberia, Marcus Macauley.

Tonggak pertahanan PDRM, James Okwuosa bagaimanapun kembali melegakan Penang FC apabila menyumbat gol sendiri kira-kira lapan minit kemudian sekali gus mengikat kedudukan menjadikan 1-1.

Ayam tambatan Penang FC, Soony Saad terus menceriakan penyokong Harimau Kumbang selepas itu apabila tenang menyudahkan hantaran Muhammad Hadin Azman pada minit ke-16 sebelum kapten PDRM, Muslim Ahmad kembali menyamakan kedudukan menjadi 2-2 pada minit ke-28 menerusi satu rembatan deras yang gagal ditampan oleh penjaga gol, Muhamad Azfar Arif.

PDRM bagaimanapun terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pemain tengahnya, Fadi Mahmoud Awad Saleh diperintah keluar padang oleh pengadil, Mohd. Nafeez Abd. Wahab pada minit ke-40 selepas menerima layangan kad kuning kedua kerana mengasari Nik Akif Syahiran Nik Mat.

Memasuki babak kedua, PDRM dilihat cuba menguasai perlawanan walaupun beraksi dengan kurang seorang pemain apabila kerap melancarkan asakan ke kubu Penang FC.

Tuan rumah bagaimanapun bernasib baik apabila Soony Saad sekali lagi mencatatkan nama sebagai penjaring pada minit ke-69 hasil satu sepakan percuma yang diambil oleh Adriano Narcizo sebelum pemain gantian, Rahmad Makasuf menambah jaringan untuk Penang FC pada minit ke-91 perlawanan.

Keputusan 4-2 kekal memihak kepada Penang FC sehingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan skuad yang dikendalikan oleh Manzoor Azwira buat sementara waktu itu menggenggam tiga mata berharga di laman sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI