fbpx

Keluarga dapat bayi perempuan pertama selepas 138 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Audrey Marie Clark merupakan waris perempuan pertama dalam susur galur keluarga tersebut. – NowThisNews

LANSING, MICHIGAN – Sepasang suami isteri di negeri Michigan, Amerika Syarikat memecahkan ‘tradisi’ susur galur keluarga apabila menyambut kelahiran bayi perempuan pertama selepas 138 tahun, lapor laman berita Indian Express kelmarin.

Pasangan tersebut, Carolyn dan Andrew Clark dikurniakan cahaya mata perempuan pada 17 Mac lalu.

Menurut Carolyn, dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa keluarga suaminya tidak pernah dikurniakan anak  perempuan dalam susur galur keluarga berkenaan sejak 1885.

Bercakap kepada program bual bicara Good Morning America, Carolyn berkata: “Saya bertanyakan ibu bapa Andrew untuk mengesahkan maklumat tersebut dan mereka menjawab bahawa keluarga itu tidak pernah mempunyai waris perempuan.”

Tambah Carolyn, ketika dia dan Andrew berkahwin, mereka pada awalnya menyangka trend itu akan berterusan disebabkan anak sulung mereka ialah seorang lelaki.

Namun pada 2022, ketika hamil sekali lagi, Carolyn diberitahu bahawa mereka akan menimang cahaya mata perempuan.

Kini, pasangan itu gembira kerana berjaya memecahkan trend tersebut dengan kelahiran bayi mereka, Audrey Marie Clark. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI